Friday, December 14, 2012

Secawan Teh, semangkuk mee celup

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia (Allah), berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa,...."(Q.S. Al An'aam :151).

Janganlah kamu menderhaka kepada kedua ibubapa. Hendaklah berbuat baik terhadap mereka berdua, menghormati ibubapa baik dengan perkataan maupun dengan perbuatan, memberi nafkah mengikut kemampuan kamu. Cinta dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa bukan kerana takut. Penghormatan oleh sebab takut, membawa kepada pencemaran moral dan membawa ke arah membuat derhaka kepada ibubapa.

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Q.S. Luqman: 15)
 
Jika kedua orang ibu bapa memaksa kamu, mempersekutukan Dia dengan sesuatu, yang tidak kamu ketahui berkenaan dengan ketuhanan atau ilahiyah, iaitu sepanjang tidak diketahui tentang soal yang diikuti itu, dan terang kekeliruannya, janganlah kamu ikut.

"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Kulah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."(QS. Al 'Ankabuut:8)
 
Allah memerintahkan berbuat baik kepada orang tua (ibu bapa) Jalan berbuat baik itu ialah dengan memberi nafkah (belanja) kepada ayah/bapa, memelihara dan menghormati ibu dengan penuh kasih sayang, kecuali apabila keduanya mengajak kepada perbuatan syirik. Jadi batas berbuat baik itu ialah sepanjang hal-hal yang tidak menyangkut kepada perbuatan yang mengandung unsur-unsur syirik.
--------------------

Namun kita perlu memahami dengan baik apa yang dimaksudkan menderhakai dua ibu-bapa kerana ibu-bapa tidaklah sama seperti Allah dan Rasul yang tidak boleh dicanggahi arahan dan keputusannya.

Dua ibu-bapa adalah makhluk dan mereka tertakluk dengan hadis Nabi; “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq (Tuhan pencipta iaitu Allah)”.

Menurut Imam Ibnu as-Solah; penderhakaan terhadap ibu-bapa yang diharamkan ialah semua jenis perbuatan yang menyebabkan dua ibu-bapa merasa sakit hati (perasaan kecewa) yang tidak sedikit terhadap anaknya, sedangkan perbuatan itu bukanlah dari perkara-perkara wajib (yang terpaksa dilakukan)” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 1, bab Bayan al-Kabair wa Akbariha). Berdasarkan pandangan Imam Ibnu as-Solah ini kita dapat simpulkan bahawa yang dikatakan penderhakaan ialah apabila si anak melakukan perbuatan yang sengaja untuk menyakiti dua ibu-bapanya. Adapun jika ibu-bapa merasa sakit hati atau kecewa terhadap perbuatan si anak yang wajib perbuatan itu ia lakukan kerana untuk memenuhi tuntutan agama, tidaklah ia dianggap penderhakaan yang diharamkan oleh agama yang tergolong dalam dosa-dosa besar oleh hadis tadi kerana mentaati Allah lebih utama dari mentaati dua ibu-bapa.

Maka apabila si anak menegur bapa atau ibunya kerana suatu maksiat yang mereka lakukan yang mesti ditegur, lalu bapa atau ibu merasa marah atau kecewa, tidaklah si anak itu dianggap durhaka di sisi agama kerana menegur/mencegah maksiat adalah dituntut oleh agama. Begitu juga, jika ibu-bapa meminta/mengarahkan si anak agar melakukan perbuatan dosa, munkar atau maksiat, lalu si anak menolaknya dan ibu-bapa rasa marah, tersinggung atau kecewa, tidaklah si anak dikira durhaka kepada ibu-bapa di sisi agama.

Diceritakan di dalam hadis bahawa, Sa’ad bin Abi Waqqas –radhiyallahu ‘anhu- apabila ia memeluk Islam dan diketahui ibunya yang masih kafir, ibunya telah telah mengadakan mogok lapar. Ibunya berkata; “Bukankan Allah memerintahkan supaya kamu berbuat baik kepada ibumu? Demi Allah, aku tidak akan makan sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman hinggalah sama ada aku mati atau kamu kembali kafir”. Lalu turunlah ayat Allah (bermaksud); “…dan jika mereka berdua (yakni ibu-bapamu) mendesakmu supaya engkau mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8). (HR Imam at-Muslim, at-Tirmizi dan lain-lain. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-‘Ankabut, ayat 8).

Dalam riwayat yang lain diceritakan; Saad berkata kepada ibunya tadi; “Wahai ibu, ketahuilah bahawa jika ibu dikurniakan 100 nyawa dan keluar nyawa itu satu demi satu dari ibu (kerana mogok lapar ibu itu), saya sekali-kali tidak akan meninggalkan agama ini kerana suatu tukaran pun. Jika ibu mahu, ibu makanlah. Jika tidak mahu, tak usahlah makan”. Akhirnya ibunya putus asa dan makan. (HR Imam at-Thabrani. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Walau bagaimanapun, dalam menegur kedua ibu-bapa, si anak hendaklah beradap dan menggunakan bahasa yang elok. Tidak harus menengking atau bertengkar dengan ibu-bapa. Kewajipan si anak ialah memberikan teguran. Jika teguran tidak dindahkan, bukanlah lagi tanggungjawab si anak untuk memaksa mereka. Berdoalah kepada Allah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Begitu juga, tidak harus memulau ibu-bapa semata-mata kerana bercanggah pandangan dengan kita.(http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/makna-menderhaka-ibu-bapa.html)
-------------------------

Dalam ayat lain disebutkan pula:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya..."  (Q.S. Al Isra': 23)
 
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa,..." (QS. An Nisaa':36)
 
"Dari Mu'az bin Jabal, Rasulullah saw bersabda: "Ya Mu'az, tahukah engkau apakah hak Allah atas hamba Nya, dan apa pula hak hamba atas Allah?" Saya menjawab: "Allah dan Rasul Nya yang lebih tahu". Rasulullah berkata: "Hak Allah atas hamba-Nya ialah supaya hamba-Nya menyembah Nya dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu. Hak hamba atas Allah ialah bahwa Allah tidak akan mengazab hamba-Nya yang tidak mempersekutukan Nya dengan sesuatu" (H.R. Bukhari dan Muslim)
 
"...Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Q.S. Al Isra': 23)
 
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa . "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (Q.S. Al Ahkaf: 15)
 
"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu. hanya kepada-Kulah kembalimu. " (Q.S. Luqman: 14)
 
Berbuat baik kepada ibu bapa mencakupi segala-segalanya, baik dengan perkataan maupun perbuatan dan meyenangkan hati ibu bapa. Sopan dan santun, berbudi bahasa, mengikut nasihat mereka, selama tidak bertentangan dengan ajaran Allah. Andaikata ada bertentangan dengan ajaran Allah, perentahnya boleh tidak dipatuhi, tetapi terhadap keduanya tetap dijaga hubungan yang baik.

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Q.S. Luqman: 15).
 
Berbuat baik itu, termasuklah mendoakan keduanya supaya Allah mengampuni dosa mereka berdua, kerana kedua ibubapa kita banyak berjasa, mendidik, memelihara, mengasuh dan mejaga semenjak dari kecil hingga dewasa, selama hayat masih dikandung badan.
-------------------------
 
Bagi anak, dia hendaklah meletakkan pada kedudukan yang tinggi dan istimewa martabat kemuliaan ibu bapa dan wajib mendahulukan mereka sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah Taala dan RasulNya. Ingatlah!, “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
 
Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat dan kebiasaan keturunan, akan tetapi ia adalah tuntutan syara' dan hukumnya adalah fardhu 'ain berdasarkan dalil al Quran, firman Allah yang bermaksud: "“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)
 
Diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya : “Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.” Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri,
Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga.
Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.
Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.
Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.
Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir. (Sumber: http://aabab01.multiply.com/reviews/item/73)
 
=================Kata-Kata Hikmah ================

Dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya 'Wasiat&Nasihat Kerohanian'.. telah disampaikan:
"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki." Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Majlis 40 - Keimanan Hanya Tumbuh Di Dalam Hati Yang Lembut (disampaikan di Madrasah al-Ma'murah, hari Ahad, 14 Rejab 545H) (Sumber: http://forum.putera.com/)
 
Tidak papakedana dek kerana secawan teh semangkuk mee celup, untuk kedua ibubapa...
(Allah Yang Maha Mengentahui).

Saturday, October 6, 2012

Sebahagian dari tanda ketergantungan pada amal ialah...


Mengharungi jalan menuju Allah itu dimulai dengan tawajjuh (menghadap diri kepada Allah SWT) yang benar dengan serangkaian amal soleh. Beragam amal di dalam Islam adalah langkah awal untuk sampai pada cahaya iman di dalam qalbu. Allah berfirman:


قالت الأعراب آمنا قل لم تؤمنوا ولكن قولوا أسلمنا ولما يدخل الإيمان في قلوبكم وإن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أعمالكم شيئا إن الله غفور رحيم


"Orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu sekalian belum beriman, tetapi ucapkanlah: "Kami telah tunduk". Kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al Hujurat:14)



Maksud dari ayat ini adalah bahawa iman itu belum masuk, namun hampir masuk dengan sebab melakukan serangkaian amal di dalam Islam. Inilah makna yang tersirat dalam penggunaan kata
(لما) dalam ayat di atas.


Jika niat sang salik (pejalan) menuju Allah benar dan ia mulai melakukan suatu amalan, maka ia membutuhkan (memerlukan) nasihat-nasihat, agar dapat menjauhi bahaya-bahaya yang menghadang dalam awal perjalananan itu, yaitu bersandar kepada amal, putus asa jika berbuat suatu dosa, berfikir untuk meninggalkan pekerjaan-pekerjaan duniawi, berfikir untuk mewujudkan hal-hal khayali yang tidak dituntut dan tidak diwajibkan untuk melakukan tetapi ia berusaha dengan sungguh-sungguh dan berfikir untuk melakukannya, berfikir untuk sampai dengan cepat, lalu jika luput lantas putus asa dan tidak berdoa lagi.

Sebahagian tanda ketergantungan kepada amal ialah kurangnya raja' (harapan terhadap rahmat Allah) ketika terjadi sesuatu kesalahan atau dosa.
*(Syarah Al-Hikam ms:156).

Melalui ayat ini Allah meluruskan pengakuan akan keImanan orang-orang Badwi, yang dipandang Allah, baru menempati tahap kemusliman (Islam), sebab tanda-tanda keimanan belum meresap (masuk) ke dalam hati. Ayat ini menunjukkan bahawa keImanan mempunyai posisi yang lebih khusus (penting) berbanding sekadar Islam. Keimanan tidak mungkin terbentuk tanpa didahului dengan keIslaman. Sebaliknya keIslaman tidak selamanya menghasilkan keImanan. Mengapa demikian terjadi? Said bin Jubair, Mujahid dan Ibnu Zaid mengatakan: " KeIslaman mereka kerana motif keselamatan, atau dengan kata lain mereka masuk Islam kerana takut diperangi."
*(Keterangan Kitab Al-Muhtamir,ms:1310).

Friday, February 17, 2012

Thursday, February 9, 2012

Antara Ibu dan Bapa...

Wahai anak-anak!, berbakti kepada ibu lebih berganda pahala daripada berbakti kepada ayah. Pepatah pun ada mengatakan, kasih ibu membawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Berkata seorang kepada Nabi s.a.w: Maksudnya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”. (Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971)

Hadis diatas mengandungi pengertian dan penghayatan yang luas dan mendalam. Anak-anak tidak seharusnya  mengambil mudah dalam memahami hadis tersebut. 

Hak seorang ibu yang melebihi hak bapa adalah mungkin kerana apa yang telah seorang ibu terpaksa tanggung dan deritai sepanjang tempoh kehamilan dan membesarkan seorang anak, seorang ibu terpaksa melalui pelbagai rintangan sepanjang tempoh kehamilan, menjadi lemah kerana menanggung  bayi di dalam rahimnya. Begitu juga sepanjang tempoh menyusu, waktu rehat ibu tertangguh dek tangisan si bayi yang tidak mengira waktu. Ayah pula bertanggungjawab selepas itu yakni sama-sama membesarkan anak, memberi pendidikan dan nafkah.

Pendapat lain:  Kedua-duanya sama,hak ibu dan bapa adalah sama.pendapat ini adalah menurut sebuah hadis:
معاوية بن جاهمة قال:أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت:يا رسول الله إني كنت أردت الجهاد معك ابتغي بذالك وجه الله والدار الاخرة ,قال : ويحك أمك؟قال نعم,قال أرجع فبرها
Maksudnya: Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”(Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104)

Janganlah kita memahami bahawa berbakti dan kasih sayang anak-anak terhadap bapa tidak perlu atau kurang perlu, atau apabila anak-anak sudah besar dan berkerja, maka mengabaikan tanggungjawab terhadap bapa.

Wahai anak-anak, jangan jadikan hadis diatas sebagai alasan untuk kita membeza-bezakan kebaktian dan penghormatan serta tanggungjawab kita terhadap ibubapa, atau merasakan serbasalah, siapa yang nak diutamakan, ibu atau bapa.
 
Wahai anak-anak, kita manusia sebagai makhluk Allah yang istimewa yang di cipta, hendaklah sedar dan insaf, bahawa berbakti kepada kedua ibubapa serta menghubung silatur-rahim, menunai hak-hak keluarga rumahtangga, anak isteri, bersikap mulia terhadap jiran-tetangga, kawan-rakan, dan sekalian kaum Muslimin, semua itu adalah diantara tugas yang diperintah oleh Allah Ta'ala, digesa dan dituntut, digalakan dan dianjurkan. Sebaliknya Allah Ta'ala mengancam orang-orang yang mensia-siakannya atau membelakanginya.

Berbakti kepada ibu dan bapa wajib keatas semua yang bergelar anak. Allah mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir, sebagaimana Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Luqman:15)

Tanggungjawab seorang bapa  kepada kelurganya adalah amat besar. Seorang bapa harus mengurus segala hajat dan keperluan anak-anak selagi mereka memerlukannya. Selain itu tugas seorang bapa mesti mendidik dan memberi pendidikan anaknya, mengurus segala urusan hidupnya, membimbingnya kepada akhlak yang terpuji dan kelakuan yang baik serta perangai mulia, selain itu memelihara dan menjauhi mereka dari perkara yang sebaliknya.

Sebelum itu, tugas bapa ialah untuk memberi anak nama yang baik, memilih isteri dari keturunan orang-orang yang beragama dan berbudi pekerti mulia, supaya menjadi isteri yang sentiasa taat kepada suami dan ibu yang diberkati kepada anaknya kelak.
Nabi s.a.w. ada bersabda:

(تخيَّروا لنطفكم)[1]

Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).



Firman Allah (al-Isra':23-24):
 
bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

Firmanya lagi (Luqman: 14)
 
bermaksud: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

FirmanNya lagi (an-Nisa':36):

Maksudnya: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,"
FirmanNya lagi (al-Ahkaf:15):
Maksudnya: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Berkata Abdullah Bin Mas'ud r.a: Saya pernah bertanya kepadaRasulullah s.a.w., kataku: "Amalan yang mana satu yang lebih dicintai Allah? Jawab baginda:Sembahyang pada waktunya. Tanyaku lagi: Sesudah itu apa lagi? Jawab baginda: Berbakti kepada kedua ibubapa. Tanyaku lagi: Sesudah itu apa lagi? Jawab baginda seterusnya: Berjihad (berjuang) fi sabilillah.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi: "Tiga perkara tidak ada guna amalan bersamanya, iaitu: Mensyirikkan Allah, menderhaka kepada kedua ibubapa dan lari dari medan pertempuran."(Nasihat Agama dan Wasiat Iman:286)

Sabdanya lagi: "Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, menderhakai kedua ibu bapa dan bersaksi dusta."(Nasihat Agama dan Wasiat Iman:286)

Sabdanya lagi: "Celaka (terhina) orang yang mendapati kedua ibubapanya atau salah seorang diantara keduanya pada umur tua, sedang mereka menyebabkannya tidak dapat masuk syurga."(Nasihat Agama dan Wasiat Iman:287)

Maksudnya ia tidak berbakti kepada mereka, sehingga perkara itu menghalangnya dari dapat masuk syurga. Dikhususkan kebaktian pada umur tua di sini, ialah kerana biasanya kedua ibubapa itu sangat mengharapkan bantuan dan pemeliharaan daripada anak-anaknya pada masa tersebut, agar mereka dapat dibela dan dipenuhi segala hajat dan keperluan pada ketika itu lebih banyak dari masa mereka masih muda. Wallahu-a'lam.(Nasihat Agama dan Wasiat Iman:287)

Wahai ibubapa,
Kasih bapa sepanjang masa, selagi hayat dikandung badan. Kerjasama antara ibu dan bapa tidak pernah putus dalam membentuk kepribadian Islam terhadap anak-anak, semenjak dari merancang perkahwinan lagi.

Terlebih dahulu, keperibadian Islam hendaklah diresapi oleh ibubapa itu sendiri, demi untuk mendapat anak yang keperibadian Islam. Ibubapa dirasakan perlu dan patut untuk membantu anak-anak mereka supaya berbakti kepada mereka sendiri.

Iaitu dengan memaafkan kesalahan-kesalahan anak-anak itu, tidak terlampau menekan mereka untuk menjalankan tugas dan kewajipan dan terlalu strict order (perentah secara paksaan), terutama sekali pada zaman ini, dimana kebaktian dan orang-orang yang gemar berbakti amat sedikit bilangannya, manakala penderhakaan dan orang-orang yang menderhaka amat banyak bilangannya.

Oleh itu jika ibubapa segera memaafkan kesalahan-kesalahan anak-anak itu, samalah seperti kita telah menyelamat dan melepaskan mereka dari dosa menderhakai kita, yang boleh menyebabkan mereka menerima balasan berat di dunia dan akhirat. 

Di samping itu kita memperoleh pahala dari Allah Ta'ala dan balasannya yang mulia, yang lebih utama dan lebih sempurna, lebih baik dan lebih kekal dari pahalanya kebaktian anak-anak itu terhadap ibubapa. 

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Allah mengurniakan rahmat kepada seorang ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepadanya sendiri."(Nasihat Agama dan Wasiat Iman:290)

Penting juga disini ialah, seorang bapa hendaklah bersikap kesamarataan dalam apa-apa pemberiannya kepada anak-anak. Memperelok perangai dan pendidikan mereka, supaya mereka sentiasa gemar berbuat baik, mengenal tugas dan kewajiban, dan memuliakan semua perentah dan larangan agama, disamping memperkecilkan urusan keduniaan (amalan ke-berhalaan) dan melebihkan urusan keakhiratan (amalan ke-Tuhanan). 

Firman Allah, surah Annur ayat 37-38 maksudnya ‘(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.’(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung."
 * (Yakni meskipun mereka menjalankan perniagaan tetapi perniagaan mereka (dan kerja-kerja mereka)  tidak melalaikan mereka daripada mengerjakan sembahyang pada waktunya dan memberi zakat untuk kebajikan masyarakatnya yang memerlukan bantuan.)
  ** (Kerana keadaan di Padang Mahsyar menjadikan orang yang menyaksikannya: cemas dan bimbang.)

Zaman ini, kita dapati banyak anak-anak yang menderhakai dan tidak mahu mendengar cakap kedua ibubapa di mana-mana, yang mana kita selidiki sebabnya ialah kecuaian ibubapa sendiri, yang mensia-siakan tanggungjawabnya dan tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Wallahu-a'lam. 


Search 2.0