Saturday, November 23, 2013

DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu

TIDAK DIRAGUI LAGI...
Tiada kekuasaan yang lebih tinggi di dalamnya selain kekuasaan Allah. Tidak ada kekuatan apapun yang lebih dasyat selain kekuatan Allah. "...Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Maidah :120)
"Betapa kamu hendak kufur kepada Allah, padahal adalah kamu mati, lalu dihidupkanNya kamu... " (Al-Baqarah, ayat 28). Cubalah fikirkan kembali dari pada tidak ada, kamu telah Dia adakan. Entah dimanalah kamu dahulunya tersebar; entah di daun kayu, entah di biji bayam, entah di air mengalir, tidak ada bedanya dengan batu tercampak, rumput yang lesa terpijak, ataupun serangga yang tengah menjalar, kemudian dihidupkanNya kamu. Terbentuklah mani dalam Shulbi ayahmu dan taraib ibumu, yang berasal dari darah, dan darah itu berasal dari makanan; hormon, kalori dan vitamin. Kemudian kamu dalam rahim ibumu, dikandung sekian bulan lalu diberi akal. Mengembara di permukaan bumi berusaha mencukupkan keperluan-keperluan hidup.
"Kemudian Dia matikan kamu. " (Al-Baqarah, ayat 28). Dicabut nyawamu dipisahkan dari badanmu. Badan dihantarkan kembali kepada asalnya. Datang dari tanah dipulangkan ke tanah; kembali seperti sernula, entah jadi rumput lesa terpijak, entah jadi tumpukan tulang-tulang.
Orang membangun kota yang baru, kubur-kubur dibongkar, tulang-tulangnya dipindahkan atau tidak diketahui lagi bahwa di sana ada kuburan dahulunya, lalu didirikan orang gedung di atasnya.
"Kemudian Dia hidupkan (kembali)."(Al-Baqarah, ayat 28). Iaitu hidup yang kedua kali. Sebab nyawa yang pisah dari badan tadi tidaklah kembali ke tanah, tetapi pulang ke tempat yang telah ditentukan buat menungggu panggilan Hari Kiamat. Itulah hidup yang kedua kali; hidup salah satu dari dua.
Iaitu hidup yang lebih tinggi dan lebih mulia. Karena di zaman hidup pertama di dunia kamu memang melatih diri dari dalam kehidupan yang tinggi dan mulia. Atau hidup yang lebih sengsara, karena memang dalam kehidupan pertama kamu menempuh jalan kepada kesengsaraan itu.
"Kemudian kepadaNyalah kamu akan kembali. " (Al-Baqarah, ayat 28). Ertinya setelah kamu dihidupkan kembali, kamu dipanggil kembali kehadirat Allah untuk diperhitungkan baik baik, dicocokkan bunyi catatan Malaikat dengan perbuatanmu semasa hidupmu, lalu diputuskan ke tempat mana kamu akan digolongkan, kepada golongan orang-orang yang berbahagiakah atau kepada golongan orang-orang yang celaka.
Dan keadilan akan berlaku dan kezaliman tidak akan ada. Sedang belas kasihan IIahi telah kamu rasai sejak dari kini. Kalau kamu mendapat celaka, tidak lain hanyalah kerana salahmu sendiri.
Begitulah Tuhan Allah telah membuat tingkat hidup yang kamu tempuh, maka bagaimana juga lagi kamu kufur terhadapNya.
Bagaimana juga lagi kamu hendak berbuat sesuka hati dalam kehidupan yang pertama ini ? Padahal kamu tidak akan dapat membebaskan dirimu daripada garis yang telah ditentukanNya itu.
Padahal bukan pula Dia menyia-nyiakan kamu dalam hidup ini; diutusNya Rasul, dikirimNya wahyu, diberiNya petunjuk agama akan jadi pegangan kamu. DiberikanNya bagi kamu bimbingan sejak matamu terbuka melihat alam ini. Adakah patut, wahai, bimbingan kasih Tuhan yang sedemikian rupa kamu mungkiri dan kamu kufuri Dia ? Bawalah tafakkur, pakailah akal; adakah patut perbuatanmu itu ? (Tafsir Al-Azhar)
Mengapa kita selalu mengkufuri Allah, dalam segi keimanan dan kenikmatan, padahal DIA telah menciptakan diri kita secara bertahap, yang berasal dari tanah, kemudian dari nutfah, kemudian menjadikan diri ini seorang manusia yang sempurna? Diberikan kenikmatan berupa kemudahan dimuka bumi. Setelah tamat perjalanan hidupnya, kita ditarik kembali pindah keperut bumi. Beberapa waktu kemudian kita dibangkit kembali untuk mempertanggungjawabkan segala amal yang pernah dilakukan.
Mengapa kita ingkar terhadap Tuhan, padahal dalil-dalil yang menunjukkan keberadaan-NYA pada diri kita jelas dan setiap orang mengentahuinya dalam dirinya..
Kerana sesungguhnya tiada seorang manusia pun melainkan mengentahui bahawa dirinya pada asal mulanya tidak ada, kemudian ada, dan keberadaanya itu bukanlah ada dengan sendirinya, dan keberadaannya itu tidaklah bersandar kepada suatu makhluk pun, kerana mereka sama kedudukannya. Kesimpulannya bahawa keberadaannya itu kerana diciptakan oleh Penciptanya iaitu DIA-lah Allah yang tidak ada Tuhan selain DIA, pencipta segala sesuatu. "Tetapi aku (percaya bahawa), DIA-lah Allah, Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku."(Al-Kahfi :38)
Allah adalah Tuhan Yang Mahasempurna, maka tidak ada alasan untuk menyekutukan Allah dengan yang lain. Ini suatu komitmen dalam keimanan yang tidak memperdulikan masalah kebendaan. Kemiskinan yang dialami sebagai nasib yang tidak baik dalam pandangan sosial, sama sekali tidak melunturkan keimanan.
----------------------

Sunday, January 20, 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Surah Asy-Syuura [42] : 23

"...Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah dan hamba yang dikasihi-Nya.

Ya Allah, dengan berkat Nabi Muhammad SAW yang terpilih, Engkau sampaikan segala hajat kami.

Ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Apakah lantaran tazakkur kepada Zi Salam. Sehingga cucuran airmata bercampur darah mengalir.

Mengapakah kedua kelopak mata  mencucurkan air mata walaupun dikatakan “tahan, jangan menangis”.

Dan mengapa hati resah gelisah padahal telah  dikatakan “tenanglah, jangan gelisah”.

Ataukah justeru hembusan angin Kazimah. Atau kerana kilauan yang membelah kegelapan malam Gunung Idham.

Apakah orang mabuk cinta mengatakan bahawa cinta dapat disembunyikan, disebalik cucuran airmata dan kegelisahan jiwa.

Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta di rumah peninggalan kekasih. Fikiran selalu melayang sehingga tidur pun tak lena kerana mengingati pohon al-Baan dan gunung al-Alam.

Bagaimana hendak menyembunyikan sebuah cinta di dalam diri, kerana air mata berjatuhan dan badan yang menderita menanggung rindu menjadi saksi yang adil.

Rindu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, pucat menyerlah dimuka dan terukir kemerahan dikedua belah pipi kerana cucuran airmata laksana warna mawar merah dan mawar kuning dan tubuh kurus kerana amat rindu.

Ooh, dalam keheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih sehingga tidak dapat melelapkan mata, begitulah sebenarnya apabiila cinta bertapak di dalam hati, ia akan menukar segala kelazatan menjadi derita.

Wahai mereka yang mencelaku kerana kedasyatan cintaku, sepatutnya orang yang mabuk cinta dimaafkan keterlanjurannya. Andainya engkau sedar derita orang yang mabuk cinta, kamu pasti tidak mencelanya.

Biar keadaan cintaku menjangkiti dirimu, agar engkau tahu, tiada rahsia yang tersembunyi, dari mata orang yang mencelaku, bagaimana derita menanggung cinta akan berkurang, bahkan tidak pernah berkurang.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

 Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " ( Surah Al-Ahzab:56)

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21

Search 2.0