Surah Asy-Syuura [42] :
23
"...Katakanlah: "Aku tidak meminta
kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan." Dan siapa
yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya
itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Nabi Muhammad itu
Rasul Allah dan hamba yang dikasihi-Nya.
Ya Allah, dengan berkat Nabi Muhammad SAW yang terpilih, Engkau sampaikan segala hajat kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, wahai
Tuhan Yang Maha Pemurah.
Apakah lantaran tazakkur kepada Zi Salam. Sehingga
cucuran airmata bercampur darah mengalir.
Mengapakah kedua kelopak mata mencucurkan air mata walaupun dikatakan “tahan,
jangan menangis”.
Dan mengapa hati resah gelisah padahal telah dikatakan “tenanglah, jangan gelisah”.
Ataukah justeru hembusan angin Kazimah. Atau kerana
kilauan yang membelah kegelapan malam Gunung Idham.
Apakah orang mabuk cinta mengatakan bahawa cinta
dapat disembunyikan, disebalik cucuran airmata dan kegelisahan jiwa.
Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta di rumah
peninggalan kekasih. Fikiran selalu melayang sehingga tidur pun tak lena kerana
mengingati pohon al-Baan dan gunung al-Alam.
Bagaimana hendak menyembunyikan sebuah cinta di
dalam diri, kerana air mata berjatuhan dan badan yang menderita menanggung
rindu menjadi saksi yang adil.
Rindu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, pucat
menyerlah dimuka dan terukir kemerahan dikedua belah pipi kerana cucuran airmata
laksana warna mawar merah dan mawar kuning dan tubuh kurus kerana amat rindu.
Ooh, dalam keheningan malam khayalanku jauh
melayang kepada kekasih sehingga tidak dapat melelapkan mata, begitulah
sebenarnya apabiila cinta bertapak di dalam hati, ia akan menukar segala kelazatan
menjadi derita.
Wahai mereka yang mencelaku kerana kedasyatan
cintaku, sepatutnya orang yang mabuk cinta dimaafkan keterlanjurannya. Andainya
engkau sedar derita orang yang mabuk cinta, kamu pasti tidak mencelanya.
Biar keadaan cintaku menjangkiti dirimu, agar
engkau tahu, tiada rahsia yang tersembunyi, dari mata orang yang mencelaku, bagaimana
derita menanggung cinta akan berkurang, bahkan tidak pernah berkurang.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam
penghormatan kepadanya. " ( Surah Al-Ahzab:56)
"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari
dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi
atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."(Surah
[22] AL HAJJ : Ayat 78)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21