Sunday, January 20, 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Surah Asy-Syuura [42] : 23

"...Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."
Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah dan hamba yang dikasihi-Nya.

Ya Allah, dengan berkat Nabi Muhammad SAW yang terpilih, Engkau sampaikan segala hajat kami.

Ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Apakah lantaran tazakkur kepada Zi Salam. Sehingga cucuran airmata bercampur darah mengalir.

Mengapakah kedua kelopak mata  mencucurkan air mata walaupun dikatakan “tahan, jangan menangis”.

Dan mengapa hati resah gelisah padahal telah  dikatakan “tenanglah, jangan gelisah”.

Ataukah justeru hembusan angin Kazimah. Atau kerana kilauan yang membelah kegelapan malam Gunung Idham.

Apakah orang mabuk cinta mengatakan bahawa cinta dapat disembunyikan, disebalik cucuran airmata dan kegelisahan jiwa.

Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta di rumah peninggalan kekasih. Fikiran selalu melayang sehingga tidur pun tak lena kerana mengingati pohon al-Baan dan gunung al-Alam.

Bagaimana hendak menyembunyikan sebuah cinta di dalam diri, kerana air mata berjatuhan dan badan yang menderita menanggung rindu menjadi saksi yang adil.

Rindu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, pucat menyerlah dimuka dan terukir kemerahan dikedua belah pipi kerana cucuran airmata laksana warna mawar merah dan mawar kuning dan tubuh kurus kerana amat rindu.

Ooh, dalam keheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih sehingga tidak dapat melelapkan mata, begitulah sebenarnya apabiila cinta bertapak di dalam hati, ia akan menukar segala kelazatan menjadi derita.

Wahai mereka yang mencelaku kerana kedasyatan cintaku, sepatutnya orang yang mabuk cinta dimaafkan keterlanjurannya. Andainya engkau sedar derita orang yang mabuk cinta, kamu pasti tidak mencelanya.

Biar keadaan cintaku menjangkiti dirimu, agar engkau tahu, tiada rahsia yang tersembunyi, dari mata orang yang mencelaku, bagaimana derita menanggung cinta akan berkurang, bahkan tidak pernah berkurang.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

 Allah berfirman di dalam Al Quran:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " ( Surah Al-Ahzab:56)

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21

Search 2.0